10 April 2011

Mereka2 ini pelengkap kehidupan ...

Tanpa mereka disisi..terasa satu kehilangan...ada ketika-ketikanya, terasa apa yang dibuatnya serba tidak kena. Pada hari, minggu atau bulan yang malang itu, kecelakaan seolah-olah datang bertimpa2. Bangun solat Subuh lewat, baca Quran jarang2.., solat rasa resah, dimarahi oleh bos, duit gaji lambat, bergaduh dengan kawan,kereta meragam..duit rasa tak cukup2.. dan macam-macam lagi. Jadi, kalau demikian halnya, apa yang sebenarnya tidak kena? Dan bagaimana hendak membetulkan keadaan? Hendak bermula dari mana? Wah, pening kepala dibuatnya..... Allah swt telah mengaturkan bahawa setiap akibat yang berlaku mesti mempunyai sebab atau punca. Jika seseorang itu bersedih, tentu terdapat sebab-sebab yang menyebabkan dia bersedih. Jika dia gembira, tentu terdapat sebab-sebab yang menyebabkan kegembiraan itu....perasaan ummi akan lebih gembira jika mereka2 ini hadir di setiap ketika...


syukur ya Allah..atas kurniaan Mu..Semoga kebahagiaan milik kami...amin..

No comments:

Post a Comment