Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

16 June 2011

cerita air basi versi anis..

Anis nie kalu dah tido..compom akan kuar la peta2 dunia dia..selalu kena basuh sarong bantal dia..dia menurun sape ek..ummi dia ke ayah dia..hehehe..rasa mcm menurun tuan blog nie..hahaha..tp tu dulu2..sekarang dah tua..dah tak kuar segala peta2 itew..anis dok panggil air liur basi tu..sebagai air basi..puas dok ajar dia..air liur basi la kakak..dia sebut mende sama gak..ayooiii..tgk pica kat bawah nie..membuktikan nie budak mmg byk ayak liur...hehehe...



ini ade sket info pasal air liur basi ini eh..bukan sebarang2 je..ni ummi nak sharekan..

Air liur basi adalah sejenis air yang keluar dari mulut manusia ketika sedang tidur, air liur basi adalah air yang keluar daripada perut manusia, kadang-kadang air tersebut berwarna kuning cair dan ada yang berwarna putih jernih. Air liur basi lazimnya berbau dan berpeta apabila ia sudah kering.

Imam Syafie berpendapat bahawa air liur basi adalah air yang keluar secara langsung dari perut manusia dan air tersebut adalah najis. Bagi sesiapa yang keluar air liur basi hendaklah ia membasuhnya sehingga bersih seperti membersih najis mutawassitah.

Bersalahan dengan air liur biasa, kerana air liur biasa bukan datang dari perut manusia dan lazimnya air liur biasa ini berwarna putih. Tidak perlu membasuh air liur tersebut jika ia terkena kepada pakaian. Tidak terbatal wuduk atau solat orang yang mempunyai air liur biasa.

rujukan : http://www.ustaznoramin.com/2011/02/air-liur-basi-najis-ataupun-tidak.html










27 April 2011

tips memilih minuman utk anak2 kecik..

Malam nie cite kat tv tak bape syok utk ditonton...duduk2 nie ..ummi selak2 la magazine..jumpe la tip pemakan si kecik dalam majalah keluarga...cute jer cover depan tu wajah wardina dan anak2 dia...majalah nie ummi dah selamat landing kat umah nie..tp ummi lupa nak byr...hutang lagi nie kat kedai sehat kat tempat ummi keje..aritu gi beli roti ngan susu buat alas breakfast tak cukup duit nak bayar bile tambah ngan majalah nie...esok kena gi bayar...asyik lupe jerk..aiseh...insyaallah esok tak lupa...kena bayar..gi kedai ingat utang majalah nie..

dalam nie ade mende best nak dikongsikan bersama...
-sediakan minuman berkhasiat yg lebih berperisa
-campurkan air mineral dgn jus buah-buaha
-cairkan jus buah-buahan tinggi kalori dgn air segar
-sediakan air minuman yg mudah didapati(bukan air berkabonat ye...)
-sediakan air minuman sebagai pilihan menyelerakan

Antara kesalahan yg sering kita lakukan..
-meletakkan anak di atas katil dgn botol di dalam mulut sebelum tido(xkira ape jenis minuman pun)
-beri bayi jus buah-buahan..tak patut la kan..
-memberikan susu skim rendah lemak @ susu kurang lemak pd bayi dan kanak-kanak berusia bawah 2 tahun.
-kurang peka pada label minuman

ada banyak lagi tips nye..tak sempat nak menaip nyer...hehehehe...(ummi buat rumusan sendiri eh..nak detail cari majalah tu yerk..)

13 April 2011

KEBERSIHAN DIRI....potong kuku...

Kadang2 byk mende kita tak sure..bukan tak tahu..tp mungkin malas nak ambil tahu...ummi pun sesekali ade gak blur2..walaupun hal yg remeh-temeh jerk...contohnyer..pasal potong kuku ..

al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :

- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq al-’Ied : “Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. …”

sumber: http://microwriter.blogspot.com/2010/08/betul-ke-nak-potong-kuku-ada-hari.html

jadi kita share2kan kat sini..yang baik jadikan amalan...yg tak elok2 tu dibuang jejauh eh...

pic mr google: follow step by step eh.. kenkawan...dapat pahala tu...insyaallah...

p/s:barang siapa yg meyimpan kuku mana2 kuku jari dengan sengaja..mereka itu tergolong dlm org2 yg bagaikan membela sekandang khinzir....(info dr en suami)



10 April 2011

si manja tak mahu berus gigi...??

mesti geram kalu anak2 kita xmau gosok gigi..dulu masa anis dlm age sethun setengah dia dah start liat nak gosok gigi..ade je alasan dia..tp sekarang tidak lagi...hehehe..anis dah cerdik..dah start paham..kalau tak gosok gigi...'dlm mulut ade ulat'..hehehe..dia percaya sgt2 ayat tu..ade tips tau utk mencambah minat si manja nak gosok gigi nie..

#ajak dia bersama-sama memberus gigi bersama anda
#bawa dia membeli berus giginya sendiri & biar dia pilih sendiri(yg kartoon2 utk tarik perhatian)
#beli brg permainan berkaitan penjagaan gigi..
#belikan bahan pembacaan berkaitan dgn berus gigi
#jadikan waktu memberus gigi sebagai sesuatu yg happening...
#cube beri dia sesuatu yg mudah melekat di gigi..cth coklat..kemudian suruh dia lihat cermin..ajak dia gi berus gigi..dan lihat kesannya..(secara lansung memberi pengajaran)
#kalu degil gak..apa kata anda bwk dia berjumpa ngan dentist...jumpe dgn org yg lebih pakar...

budak nie nak tayang gigi dia....senget2 gigi dia..huhuhu.....

sekian ...jaga la gigi anak2 anda..sebaik mungkin..



CIRI-CIRI PERSONALITI BERDASARKAN KEDUDUKAN DLM KELUARGA

ANAK SULONG(PERTAMA)
*ketidakpastian*berasa curiga & tidak percaya*pintar*kedekut*
*bergantung pd org lain*bertanggungjwb*autoritarianisme*cemburu*
*konservative*mudah terpengaruh*mudah teruja/terangsang
*sensitif*hasrat pencapaian diri*keperluan kepada pengabungan*

ANAK KEDUA(ANGAH)
*berdikari*agresif*sikap ekstrovet*sukakan keseronokan
*suka berkawan*boleh dipercayai dan diharapkan
*bersifat tenag dan juga ada angin

ANAK KETIGA(UDE @ ALANG)
*agresif*mudah mengalihkan perhatian*mahukan ibu bapa menunjukan kasih sayang*cemburu*merasakan bahawa ibubapa tidak mengambilberat tentang dirinya*bersa rendah diri*berasa kekurangan*mudah mengalami ganguan tingkah laku

ANAK BONGSU(UCU)
*rasa selamat*yakin pada diri sendiri*kesopanan*sikap baik hati*pemurah*terlalu dimanjakan*tidak matang*sikap ekstovert*kebolehan bersikap empati*berasa kekurangan*persaingan adik-beradik*dengkidan cemburu*tidak bertanggungjwb*kegembiraan



nie pic lama sebahagian keluarga sebelah ummi


nie plak pic keluarga sebelah ayah anis..tema raya tahun 2010..arab style..hehehe


7 MAKANAN BANTU ANAK JADI GENUIS

Masa ummi tgh kemas2 umah..terjumpa plak buku Anak sihat & genuis 1001
tip dari usia 0 hingga 6 tahun..dah byk sgt buku..dulu..selalu gak
membacanya...pastu letak bersepah2..ha..nie baru jumpe...jd ummi nak
share ngan org lain gak..semoga si manja kita lebih sihat dan
bijak!!!menurut pakar pemakanan kanak2..kemampuan berfikir anak byk
ditentukan jenis makanan yg diambil setiap hari krn makanan makanan
tersebutnberpengaruh dlm meningkatkan kemampuan otak...

**pisang+buahan kering=memberikan bhn bakar pd otak anak
makanan bijirin (pg hari)=memberikan tenaga sepanjang hari

7 makanan yg terbaik mampu meningkatkan kemampuan otak anak:-

1.MAKANAN BIJIRIN


-1 mangkuk tp harus berhati2 memilih makanan bijirin kerana kebanyakan
makanan bijirin yg ada dipasaran mengandungi hampir 50% kandungan gula dgn sedikit serat,vitamin & mineral.

2.TELUR

-kaya dgn protein,vitamin A(utk penglihatan)
-Vitamin D(utk pertumbuhan & tulang)
-Vitamin E (utk cegah penyakit)
-B12(penting utk bentukan sel darah merah)
-kuning telur(baik utk daya ingatan & konsentrasi)

3.BUAH KIWI-mengandungi hampir 2x vitamin C berbanding buahan lain.
-Vitamin C penting utk menyerap zat besi dr makanan .
-vitamin C xboleh disimpan dlm tubuh.oleh itu kanak-kanak perlu mkn makanan yg kaya vitamin C setiap hari.

4.PISANG

-sumber karbohidrat yg memberikan tenaga utk anak anda.
-membantu meningkat energi anak anda.

5.BUAHAN KERING

-sebagai pencuci mulut.
-buah-buahan kering kaya dgn zat besi dan sumber tenaga.

6.MINYAK IKAN
-memainkan peranan penting dlm fungsi sel otak.


7.KEJU


-kaya dgn kandungan zat seperti protein dan kalsium yg baik utk kesihatan tulang dan gigi.
-membantu menuetralkan asid punca gigi rosak dan berbau busuk.

semoga informasi ini dapt membantu dlm kehidupan kita seharian....cewah..hehehehe...

09 April 2011

wajibkah menghadiri walimatul urus?


ari nie ade jemputan ke kenduri kawin @walimatul urus rakan sehospital...hehehe..penemuan jodoh seorg duda dengan seorg dara... semoga Allah melimpah rahmat keatas pasangan baru itu nanti...ape2 pun cube baca info2 kt bawah nie...
Sumber : http://bhalaqah.blogspot.com/2009/10/walimah-al-urus.html


PENGERTIAN WALIMATUL ‘ARUS

* Walimatul ‘arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru.
* Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi.

PENSYARI‘ATAN WALIMATUL ‘ARUS
* Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam.
* Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

Maksudnya:
“’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”
(Al-Hadith)

TUJUAN WALIMATUL ‘ARUS


* Tujuan mengadakan walimah adalah untuk mengumumkan pernikahan di samping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin dan ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. Pengumuman yang sebaik-baiknya ialah majlis perkahwinan yang diadakan di masjid dan dipukul gendang dan rebana.
* Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

Maksudnya:
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

* Oleh yang demikian, dalam meraikan kegembiraan tersebut adalah penting bagi kita untuk membezakan antara adat dengan ibadat yang perlu dipatuhi. Tidak menjadi kesalahan kepada kita untuk mengikut adat resam sesebuah kaum asalkan adat itu tidak bertentangan dengan syara‘.
* Islam menggalakkan hiburan yang sederhana dan sopan dengan menggariskan beberapa syarat seperti berikut:

1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.

2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.

4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.

HUKUM MENGADAKANNYA

Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Kata Nabi s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing".

HUKUM MENGHADIRINYA

Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

SYARAT WAJIB KE MAJLIS KENDURI KAHWIN APABILA DI UNDANG

i) Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.

ii) Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya.

iii) Didalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget.

iv) Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.

v) Tiada bersamaan atau bertembung dalam majlis tersebut dengan tetamu yang bukan Islam.

vi) Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera.

vii) Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram.

viii) Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja.

ix) Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam.

Petua DiMurah Rezeki..Insyaallah...

Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur.. Sebelum kita turun dari rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum memulakan pekerjaan, mulakanlah dengan “bismil lah”.

Selain melakukan pekejaan yang halal menurut hukum syarak, hendaklah kita melakukan pekerjaan dengan tekun dan bertanggungjawab, menepati masa (jika bekerja dengan majikan), dan jangan mengabaikan solat bila sudah masuk waktu solat. Mestilah bersegera menunaikannya barulah Allah menyegerakan sampainya rezeki. Satu perkara lagi, jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika ada sesuatu kesukaran dan kepayahan,(ummi kenkadang ade gak tersasul..kena byr bersabar..Ya Allah..lindungi la kami sekeluarga..) kerana itu adalah test/dugaan dari Allah untuk meneguhkan jiwa kita. Jika kita mengeluh, maka adalah seolah-olah kita menganggap apa yang Allah takdirkan untuk kita itu tidak betul. Itu menunjukkan kita tidak redha dengan Allah. Bagaimana kita nak harapkan keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita tidak redha pada ketentuan Allah.

Walaubagaimanapun, disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak.

1. Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh.

2. Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu

subuh).

3.Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat

(zaman sekarang ni ramai yang fail dalam hal solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat jumaat).

4.Amalkan membaca ayat yang dikenali sebagai Ayat 1000 Dinar setiap kali

selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. (sila lihat artikel tentang hikmat Ayat 1000 Dinar) Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah..

5. Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.

6. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang

haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.

7. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).

8.Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berbicaralah dalam hati:" Ya Allah, terima kasih atas segala kurnia Mu hari ini, makan minum, pakaian, pekerjaan, keselamatan dan semua nikmat yang tidak dapat ku hitung. Kumohon agar Engkau menambahkan lagi kenikmatan itu besok hari. Dan kumohon maafkanlah segala dosa-dosaku."

p/s:"renung2kan lah...dan selamat beramal"

19 November 2008

Lama tak update


Bersantai tepi pantai Jalan Terengganu ke Johor. 19/10/2007 Raya Puasa 2007